Borang Tempahan buku Sperma Cinta

image

Untuk memudahkan pihak pengurusan menyemak status pembayaran, sila isi borang ini selepas pembayaran dibuat.

Buku indie ini mengandungi tulisan hasil tangan Linglung, mengandungi lebih 145 muka surat dan bersaiz 12.5 cm x 19.5cm. Buku indie ini boleh kata buku mampu beli dan puas baca. Dipendekkan katanya lagi, pembaca akan berasa riang, lupa masalah problem, gembira tak tentu hala, sengih ketika tidur, bersemangat luar biasa, rasa seronok tak putus-putus dan banyak lagi kesan sampingan positif lain selepas membaca buku ini. Maka jangan lepaskan peluang, tempahlah buku ini sekarang kerana ianya dicetak dengan kuantiti terhad. Ia, sangat terhad. Harga buku ini termasuk kulit buku adalah RM18. Harga kos upah posmen untuk pos secara laju adalah RM5 bagi Semenanjung dan RM8 bagi Sabah dan Sarawak. (Pos pakai setem adalah sangat tidak digalakkan kerana banyak buku tak sampai ke tangan pembeli). Pembayaran boleh dibuat ke akaun di bawah:

Nama: Muhammad Aisamuddin bin Md Asri

Akaun: 5127 6305 4029 MAYBANK (AKAUN SEMASA)

Email: aisalinglung@gmail.com

Kalau kiranya bayaran dibuat menerusi Maybank2u, maka ada baiknya emel aisalinglung@gmail.com disertakan sekali, senang cerita nanti Maybank terus emel kepada kami.

Katalah si pelanggan sedikit buta IT dan tidak reti guna Maybank2u, maka rasanya pelanggan itu akan guna mesin cash deposit/mesin ATM di bank sebagai cara alternatif. Jika perkara tersebut berlaku, diminta pelanggan tersebut untuk scan resit, atau ambil gambar resit pakai handphone canggih berkamera dan hantarkan gambar resit tersebut ke emel aisalinglung@gmail.com dengan tajuk 'Abang, Saya Mahu Beli Buku'. Mudah bukan?

Jangan lupa sertakan nama glamer dan nombor telefon yang mudah dihubungi, ini penting jika berlakunya kekeliruan dalam proses tempahan dan pembayaran.

Isikan borang tempahan dibawah dengan lengkap (selepas pembayaran dibuat)

 
* Indicates Response Required
FormSite.comPowered by FormSite.com